CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Mereka sangat cool!!!

Saturday, May 9, 2009

Manusia semakin rakus!!!

Kenapa post terakhir aku macam suspens je? hu3 But its true..something terrible had happened on the day of our trip to MATRADE!!! So sad... tak ku sangka..dalam keadaan ekonomi yang tak stabil dan sektor pekerjaan yang semakin mengecil menjadikan rakyat Malaysia semakin rakus dan kejam!!!

Hurm...mesti kalian tak faham sangat kan? Okla let me tell the story from the beginning...Masa kami bertolak ke MATRADE dari UPM...Syimir tak menaiki bas bersama-sama kami, sebaliknya membawa keretanya..lagipun rumah dia tak la jauh sangat dari UPM...

Jadi, aku dan beberapa sahabat yang lain (4 orang penumpang termasuk aku) meminta pertolongan Syimir untuk hantar kami ke rumah masing-masing. Lagi pun dengan barang aku yang banyak dan tiada siapa yang dapat menjemput aku..terpaksalah aku menumpang kereta Syimir...Sebelum bertolak ke MATRADE...kami masukkan semua barang-barang kami ke dalam kereta...Ya tuhan..penuh giler barang-barang dalam kereta...tak termasuk lagi empat penumpang yang comel-comel nie...hu3..Tetapi pada waktu tu kami masih lagi menaiki bas manakala Syimir mengekori bas kami dari belakang..( ditemani oleh asyraf..salah seorang penumpang)

Then Syimir parked his car at Masjid Wilayah...hurm jauh gak lah masjid dengan MATRADE.
So segalanya berjalan seperti biasa...kami berlegar-legar kat dalam dewan tu...

Setelah agak lama kami melawat setiap booth yang ada..tiba-tiba aku dapat panggilan dari Dayah..Aku dapat tahu yang kereta syimir kene pecah!!! Oh my godness!! dahla banyak barang dalam kereta...and dayah keep asking me who had left laptop in the car??

Unlucky for Asyraf...dia terlupa dan tertinggal laptop di dalam kereta...Pencuri nampak..pe lagi..
Abis pecah cermin kereta...Laptop pun lesap sepertimana menghilangnya pencuri durjana itu!!!
sanggup pencuri tu mencuri di kawasan rumah ALLAH!!!...hurm...manusia semakin rakus...

Aku pun menggelabahlah...risau dengan barang-barang kat dalam kereta dan aku rasa aku dah banyak menyusahkan Syimir ish3...kesian kat asyraf..bukan sahaja dia kehilangan laptop..banyak lagi benda-benda berharga dalam beg tu..

Pas tu..kami terus ke masjid wilayah untuk solat...dan melawat ke tempat kejadian...Bila kami check balik hanya laptop asyraf dan beg reza je yang hilang..beg?? nak taw pe yang ada dalam beg reza tu...hanyalah pakaian semata-mata!!! Tetapi disebabkan reza menggunakan beg laptop sebagai beg pakaian dia...pencuri durjana itu menganggap ada laptop dalam tu...dan tanpa melengahkan masa terus melarikan beg tersebut bersama-sama laptop...Ish..geram pulak rasanya...pencuri tu ada fikir tak betapa mahalnya harga sebuah laptop??? Dahla masih lagi belajar..mana nak cari duit nak beli laptop baru?? So selfish!!

Habis cermin kereta kene pecah...

Cermin yang telah dipecahkan

Selepas tu...kami bercadang hendak membuat police report...Aku call ayahku sebab nak tahu balai polis yang terdekat..nak tahu kat mana?? ...

Balai Polis Sentul!!

Ya tuhan...mana pulakla kami nak cari balai polis Sentul tu...So..nak tak nak kami terpaksa juga mencari di mana letaknya Balai Polis Sentul itu..Dan yang paling mendukacitakan dan kadangkala aku rasa lucu dan memalukan...Yelah cuba bayangkan...sit depan dah penuh dengan barang...maka kami berempat terpaksalah berhimpit-himpit menaiki kereta Syimir....Okla tu tapi kalian tahu tak syimir bawa kereta apa?? kereta kelisa....Just imagine how 4 of us going to fit in at the back sit!!! ha3

Penatla mencuba akhirnya aku terpaksa duduk atas riba kawan aku..barulah muat kesemua 4 lelaki gagah dan comel ke dalam kereta Syimir yang paling comel itu...he3
Ya allah..malu tu..tak payah cakapla...macam pelarian pun ada..ha3...
Dahla tak tahu di mana letaknya Balai polis Sentul...jalan pulak sesak ( setiap pengguna jalan raya melihat ke arah kami dengan pandangan yang pelik!!!) aggghh malunya aku!!
Akhirnya kami tersesat sampai ke jalan Sg Mas...jauhnya...

Lastly..we decided not to make any report police....lagipun...tiada apa yang boleh dilakukan lagi..bukannya laptop tu boleh dijumpai semula ...So..Syimir pun menghantar kami ke rumah masing-masing

Tengok sebelah syimir..penuh dengan barang!!!

Bayangkanlah 4 lelaki comel berhimpit-himpit ho3 :p

Nasib baiklah tak de polis...ha3

Jadi..moral yang bolih diambil dari kejadian ini adalah..JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN BARANG BERHARGA KALIAN DI DALAM KENDERAAN!!!

Hu3 kejadian ini merupakan kisah yang tidak mungkin dapat aku lupakan..ia umpama satu adegan penutup cerita yang tak terduga dan melengkapkan lagi kehidupan aku sebagai pelajar semester 2 jurusan teknologi makanan.... (*.*)

p/s- thanx syimir for everything..and asyraf..i felt so sorry for what had happenned to you..


2 comments:

fifa said...

Shazwan...OMG!!!did u really sat on zul's lap??

Kotak Hati said...

ha3
yeah..
i had to..
no choice..
do you think i want to??
ha3