CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Mereka sangat cool!!!

Monday, May 18, 2009

Experiences make you look older-Part 2

Kita bertemu kembali...

Disebabkan..
Rasa mengantuk aku pun dah hilang..
Kerja-kerja rumah pun sudah dilaksanakan dengan jayanya..
Dah ke?..hu3
Apa-apa pun..aku tetap akan menyambung semula ceritaku yang kini telah pun masuk ke bahagian kedua ini.. v(^.^)v

So...selepas aku melalui walk in interview yang sememangnya hampeh itu!!
Aku pulang tanpa membawa apa-apa harapan..
Harapan untuk mendapat duit poket sendiri..hu3

Tetapi jangkaan aku ternyata meleset..
Jauh menyimpang dari fikiran jumud ku ini..
Fikiran yang selalu merendah-rendahkan diri sendiri!!ish3
Syukurku ke hadrat mu ya Latif..

Dua hari selepas aku di interview...
Aku dapat panggilan dari supervisor kedai spec tersebut..
Dengan suara lemah gemalainya..ha3 tak boleh blah..
Aku diberitahu bahawa aku telah diterima untuk bekerja di situ

Posisi jawatan aku??
Junior Sales Representative...
Whoaa...
Aku diminta menghadirkan diri keesokannya..
Dan aku diingatkan berpakaian..kemeja putih..seluar slack hitam..dan berkasut kulit..
Yes mam!!!No problem!!! (^.^)

Tempat aku cari makan..he3

Gembiranya aku pada waktu itu tak terluah dengan kata-kata manisku ini..he3
Sesungguhnya syarikat ini bertuah dapat pekerja seperti aku...
berdedikasi...hardworking...cute..hahaha
Tetapi..sebenarnya..episod kesengsaraan aku baru sahaja bermula..
Owh..tidakk!!

Okla..biar aku cerita satu persatu..
Pada permulaanya..aku dikehendaki bekerja selama tujuh hari berturut-turut..
Nak warm up la katakan..
aku dilatih:
  1. macam mana nak buat chinese tea dan serve kepada customers...
  2. aku juga dilatih untuk repair spec customer yang rosak...kalau tiba-tiba spec tu patah..(pelanggan tersebut dapat buat spec mata dengan harga separuh..sebab apa?? separuh lagi tu duit aku!!! ha3...sedih betul..)
  3. Aku dilatih untuk menggunakan mesin check mata yang tak berguna tu..hu3..(bila aku check mata customer menggunakan mesin tu..aku kena cakap macam ni..
    "Ok encik..rabun encik adalah...bla..bla..bla..occuracy mechine ini hanyalah 70% je..so kalau encik nak bacaan yang lebih occurate..kene check dengan optician kami..."
  4. Aku kena hafal semua jenis,ciri-ciri dan harga lenses...dan termasuk juga frame spec..(banyak giler..ada yang multicoatedla..diamondla..aggghh..)
  5. Aku juga kena hafal apa-apa berkaitan dengan rabun jauh,rabun silau, rabun dekat,kataraks..dan segala rabun yang ade kat dunia ni..aku siap diberi satu fail lengkap untuk dibaca!!)
  6. Dan waktu seminggu in jugalah aku kena berkepit dengan senior yang lain..sebab nak tengok macam mana mereka menipu customer supaya beli product kami..ha3..
Maka tamatla 7 hari yang amat memenatkan!!..so secara rasminya aku aku diterima untuk bekerja di situ..
Basic gaji aku RM800..
kalau dicampur dengan OT+komisen...
Paling tinggi gaji junior macam aku boleh dapat..lebih kurang RM1600
secara dasarnya kalau nak gaji lebih kena jual lebihla..dan jual barang yang tinggi komisyennya..

Tetapi aku bertaubat tak akan bekerja di kedai itu lagi..
Sebab utamanya...branch manager yang perangainya macam @#$%!! ha3..
seriously..kami semua tak suka kat dia..so kami gelarkan dia @#$%!!

Perangai dia yang paling tak senonoh sekali..
dan kadang-kala sampai satu tahap kami rasa menyampah dengan perangai dia...
iaitu...
dia langsung tak boleh lihat kami duduk walaupun untuk sekejap!!
Ada saja kerja yang akan disuruh...
Dia juga akan brainwash kami cukup-cukup kalau kami miss customer...
Ish..geram betul aku..
Tak semestinya semua customer yang masuk dalam kedai nak beli spec!! commonla..

Okla..nilah aktiviti aku setiap hari aku bekerja di mana boss aku yang tak senonoh tu bercuti...(kami ada jadual bekerja..so..ikut giliran masing-masing untuk bercuti)
  1. Masuk kerja pukol 10.am...abis kerja..pukul 10 pm!!
  2. Sapu sampah..mop lantai..lap meja display..
  3. Buka account..
  4. Kira stocks
  5. Call customer kalau spec dah siap..hello?hu3
  6. Baiki spec customer..
  7. susun barang-barang display
  8. layan customer...(even hari-hari biasa pun ramai customer..bayangkanlah dalam sebulan kedai ni boleh jual at least bernilai RM80000!!!)
  9. Pukul 10pm tutup kedai kalau ada customer..kadang-kadang tu pukul 11 pm baru tutup!!..)
  10. Pas tu..kira stock..pack in semua display..sapu sampah..dan kira duit..faks jualan hari tu kat HQ...pas tu balikk..

Dan ini pula adalah aktiviti aku sewaktu aku bekerja bersama-sama lelaki yang tak senonoh tu..hwa3:
  1. Aktiviti yang sama seperti di atas..
  2. Tetapi kalau tiada customer..kami akan disuruh untuk mengelap semua spec yanga ada di rak display!!
  3. Kena letak phampletes kat setiap kereta di parking lot!! (bayangkanla tengah hari terik..aku kena letak phampletes tu kat setiap kereta yang ada!!)
  4. Pas tu dia akan suruh kami berdiri di luar kedai dan distribute pamphlets tu pula!!
  5. Ada kalanya..dia suruh kami berdiri di depan supermarket, distribute pamphletes dan tarik customer untuk masuk kedai kami.!!! Gila kan lelaki tak senonoh tu??ha3 (bayangkanlah..malu giler aku waktu tu..customer yang keluar dan masuk dah tak terkira...nasib baikla tiada sesiapa yang aku kenal..hu3)
Walaupun kami di dera sebegitu..aku masih lagi enjoy kerja kat situ..sebabnya..
Aku ada 2 org kakak yang baik dan rapat dengan aku..
Kami sentiasa backup antara satu sama lain he3..
Perkara-perkara yang aku tak tahu semua aku belajar dengan mereka..
Mari aku perkenalkan kakak-kakak aku yang cute ni..hu3


kak Ayu dan kak Nurul

Best worker of the month..ha3

Mereka adalah kak Ayu dan Kak Nurul..
kedua-dua mereka adalah orang penting dalam kedai ni..
Kak Ayu adalah supervisor..
Manakala kak Nurul adalah senior kami..paling banyak dapat customer..sebab tu syarikat sayang kat dia..ha3
Kat dalam kedai ..kami guna bahasa sendiri supaya senang nak ngumpat dan keji lelaki tak senonoh tu..ha3 jahat giler...
contohnya macam ni:
"Sai ras kas tu cum nak teng-teng jela..buk nak bel pun..."

maksudnya....

"Saya rasa customer tu cuma nak tengok-tengok jela..bukannye nak beli pun..."
Banyak jugala dosa-dosa aku sepanjang kerja kat situ...tetapi secara hakikatnya kami mengutuk lelaki tak senonoh tu DI HADAPAN ..cuma kami menggunakan bahasa asing je..he3

Antara kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan ialah:
  1. Aku pernah berjaya menjual spec berharga hampir RM2000..hu3 payah betul nak yakinkan customer tu...he3
  2. Aku pernah terlibat dalam sambutan anniversary syarikat..
  3. Yang paling penting..aku pernah kene maki hamun dan kena marah oleh customer sama ada secara live ataupun melalui telefon..agghhh padahal semuanya bukan salah aku pun
  4. Aku dapat jumpa berbagai jenis pelanggan..sama ada warga tempatan atau pelancong luar negara..semuanya berlainan ragam..
Akhirnya aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Mara Kulim..aku berhenti kerja sehari sebelum aku bertolak ke Kulim...
Sedih??..taklah sedih sangat..gembira pun ada..cuma yang pastinya aku akan merindui 2 org kakak aku itu..

Apa yang aku dapat semasa bekerja di situ adalah..aku dapat mengikis sifat malu aku yang langsung tak bertempat..
walaupun tak banyak..tetapi sekurang-kurangnya sudah berkurangan..ha3

p/s-Taip je New Mega Optics Sdn Bhd..kalau nak tahu pasal syarikat ini..



jom comments

4 comments:

cokobong said...

waaa~~ bes la kau ade exp keje,
ak pas spm dlu xsmpt nk kje sbb kne g PLKN hamjadah tu...

envy2

Kotak Hati said...

ala ko pun besh pe..
de pengalaman PLKN..
he3

envy2

RiEz said...

dik kedai kat mana nanti akak dtg terjah...

Kotak Hati said...

ye ke??
thanx kak riez..he3