CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Mereka sangat cool!!!

Sunday, June 7, 2009

Experiences make you look older-Part 3

Salam pertemuan..

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi aku...
Pak Su aku telah melangsungkan perkahwinannya yang julung-julung kalinya awal bulan ni..
Semua sibuk dengan tugas masing-masing..
Aku??
He3 cukupla dengan posisi PEMERHATI TETAP sahaja..
Bukan apa..takut nanti..
Niat di hati nak tolong..
Akhirnya...hancur semua hantaran dek tangan aku yang kreatif ni..
ho3

Baiklah..
Pada pertemuan kita kali ini..
Kalau sebelum ini aku telah menceritakan pengalaman aku bekerja sebagai sales promoter..
Kini..aku ingin kongsikan pengalaman aku bergelar sebagai "Warga Pendidik" pula...

Semuanya bermula setelah aku menamatkan program pengajian aku di Matrikulasi Mara Kulim...
Sehari selepas aku pulang ke rumah..
Aku telah memulakan langkah kananku untuk bertugas sebagai GURU..

Aduhai..
Yang sebenar-benarnya aku teramatlah malas untuk bekerja..
Apatah lagi setelah mengharungi musim gila di matrikulasi he3...
Yelah...
Dengan waktu yang semakin menghimpit..
Ditambah pula..desakan untuk menghabiskan syllabus secepat yang mungkin...
Membuatkan aku yang sesak lagi terdesak hampir-hampir mengibarkan bendera putih..tanda tidak mampu mengharungi arus yang menggila ini...ha3

Tetapi aku bersyukur...
Kerana parent aku sentiasa memberi dorongan tanpa henti..
Meniupkan semangat kepada aku dengan doa barakah...
tanpa putus...
Tenkiyu mama...tenkiyu abah...(^.^)

Ok..
Back to the track..
Sebenarnya..
Aku bukanlah cikgu yang benar-benar berkelayakan..
Sepertimana guru-guru yang mempunyai sijil pendidikan..
Tambahan pula ..
Kalau kalian ingin tahu..aku hanyalah "Guru sandaran tak terlatih" sahaja..
Maksudnya..
aku tiada sijil pendidikan yang setaraf..
Aku memohon berdasarkan sijil SPM dan matrikulasi sahaja..
Kebetulan di sekolah mama aku mengajar..
Terdapat beberapa guru yang bercuti dengan dasar berbagai sebab..
Ada yang cuti bersalinla...cuti kecemasanla dan pelbagai alasan yang lain..

Akhirnya..aku diterima sebagai guru ganti atau guru sandaran..
Untuk mengisi kekosongan guru di sekolah...dan...
Sekolah yang bertuah tersebut ialah..he3
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang...
Sekolah rendah yang pelajarnya terbentuk daripada pelbagai kaum..

Apa yang menariknya...
Pengalaman aku bekerja kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya..
Dulu aku bekerja under private company tetapi kali ini aku bekerja dengan kerajaan pula..
Perbezaannya..memang jauh sekali..
Bak langit dan bumi...
Kalau dengan private company..kita akan rasa tak secure dengan kedudukan kita....
Bahkan..kita akan sentiasa bermotivasi untuk bekerja semaksimum yang mungkin..
Sebabnya mudah sahaja..
Jika prestasi kerja kita teruk...
Bersiap sedialah..physically and mentally..
Oppss..anda akan dipecat..
Scary huh??

Berlainan pula bila kita bekerja dengan kerajaan..
Agar sukar untuk kita dipecat begitu sahaja..
Melainkan kita ada melakukan kesalahan..
Yang membolehkan kalian dilucutkan jawatan...
Disebabkan pekerjaan yang sememangnya terjamin..
Ramai yang menyatakan Kakitangan kerajaan tidak produktif berbanding kakitangan swasta...
Kalau nak diterjemahkan...
Bolehla disamakan dengan isu kakitangan kerajaan yang hanya makan gaji sahaja..

Betul ke??
Hurm..Bagi aku..
Tidak semestinya begitu...
Ini kerana..sepanjang aku bekerja sebagai guru..
Aku lihat ramai guru-guru yang begitu berdedikasi terhadap tugas mereka..
Ada yang balik lewat..menanda buku latihan murid-murid..
Mengadakan kelas-kelas tambahan..
Maka tidak adillah untuk kita bersikap prejudis terhadap kakitangan awam..
Kerana bukan semua yang bersikap sedemikian..

Katakan andai ada sebiji mangga yang berulat...
Tak semestinya setiap biji mangga yang terhasil dari pokok yang sama dicemari oleh ulat-ulat yang durjana...
bukan begitu??

Yang menariknya..
Di sekolah tersebut...terdapat bekas guru-guru yang pernah mengajar aku semasa aku di sekolah rendah..
Satu perasaan yang indah bila...
Aku dapat bertugas bersama-sama guru yang pernah mengajar aku dahulu..
Dan ironik nya..aku pula mengajar anak-anak mereka!!!
Ho3..apa lagi..
Buli balik la...he3

Cikgu aku tak memanggil aku dengan nama shazwan..
Tetapi dengan panggilan yang hanya dipanggil oleh kaum kerabat aku sahaja..
ewan..ho3
Walaupun aku telah bergelar "Cikgu Shazwan"..
Tetapi aku masih lagi membahaskan diri (cikgu-saya) dengan mereka..
Sebagai tanda..aku masih lagi menghormati mereka..
Bahkan..masa sambutan hari guru..aku masih lagi memberikan mereka hadiah yang tak seberapa..

Pengalaman menjadi warga pendidik merupakan antara pengalaman yang paling bermakna bagi aku..
Ini kerana aku dapat involve dengan banyak acara-acara di sekolah..
Seperti:

  • Hari sukan sekolah-> woo..penat handle budak-budak kecil bersukan..he3
  • Hari Guru Peringkat sekolah-> Kene baca doa..berdebar gila!!ha3..ada games..pas tu kena join persembahan nasyid yang terdiri daripada guru-guru lelaki..hu3 famous sekejap...Yang penting..aku dapat hadiah-hadiah dari murid-murid yang aku sayangi.. \(^.^)/
  • Terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat rasmi..
  • Masa tu..murid-murid akan menempuh peperiksaan pertengahan tahun..So..aku ada lah pengalaman jadi pengawas peperiksaan dan juga penanda kertas jawapan..hu3..besh..
  • Masa ibu bapa datang ke Hari Terbuka (untuk sign report kad anak-anak mereka)...aku juga terlibat sama...
Banyak sangat cerita yang ingin aku kongsikan sepanjang aku menjadi cikgu..
Tak larat nak taip..hu3

Nak tahu tak..
Aku ni bekerja di sekolah yang sama dimana mama aku mengajar..
Tetapi yang peliknya..
Cikgu-cikgu yang lain semua tak tahu yang aku adalah anak mama aku!!! ha3
Sebab utamanya..
Mama aku nie jenis banyak cakap orangnya..
Aku pula..bertentangan sifat...
Tersangatlah senyap..hu3
Sebab tu mereka semua tak perasan..
Hanya bekas cikgu-cikgu aku sahaja yang mengenaliku..
Cuma apabila di hujung tempoh aku berkhidmat..
Barulah mereka tahu keadaan yang sebenarnya..
Sukar untuk mereka percaya..
Yelah..muka aku tak ada ciri-ciri muka mama aku..
Perangai pula..seorang bising..seorang senyap..
hu3

Tetapi apalah nama seorang guru kalau tiada anak muridnya..
Aku bertuah sebab pengalaman aku menjadi cikgu secara hakikatnya banyak mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih baik..

Sebagai contoh..
Nak berhadapan dengan murid-murid..
Aku harus bersedia secukupnya..
Terutamanya apabila...
Kesabaran aku benar-benar teruji dek kenakalan murid-murid yang kadang-kala sedikit terlampau..
Sebab itu..untuk menjadi guru..tidak semudah itu..
Perlu ada skill...ada kemahiran..
Barulah proses pembelajaran dapat berjalan dengan efektif..

Lagi-lagi apabila aku berhadapan dengan murid-murid sekolah rendah..
Yang sememangnya masih lagi keanak-anak kan..
Mereka perlukan tumpuan yang lebih dari seorang guru..

Contohnya..
Daripada pengalaman yang aku dapat..
Sebelum aku masuk ke kelas..
Aku perlu tahu jenis murid-murid yang akan aku hadapi..
Adakah mereka tahun 1, tahun 6..mahupun tadika..
Selain itu..
Adakah mereka dari kelas hadapan atau yang terakhir..
Bagi aku semua ini penting..

Kalau aku masuk kelas tahun satu mahupun tadika..
Aku tak boleh mengambil pendekatan terlampau tegas..
Sebabnya mereka masih baru dengan persekitaran baru..
Sebahagian daripada mereka juga masih takut untuk masuk ke kelas..
Aku juga perlu mengajar satu persatu..from A to Z...
Sampaikan..setiap kali aku masuk ke kelas..aku akan ingatkan mereka untuk menulis hari..tarikh..
dan setiap ayat perlu diselangkan..
Nampak simple..tapi itulah hakikatnya..
Mereka perlu dibimbing sepenuhnya..

Berlainan pula kalau aku mengajar tahun 5 atau tahun 6..
Mereka lebih matang walaupun masih lagi bersikap keanak-anakkan..
Dengan mereka aku tidak perlu terlalu detail..
Sebabnya..mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan..

Begitu juga kedudukan kelas..
Faktor ini juga amat penting..
Bukan niat pihak sekolah untuk bersikap berat sebelah..
Dengan mengagung-agungkan pelajar yang cemerlang..dan menyisihkan pelajar yang kurang cemerlang..
Cuma..apabila..
Seseorang cikgu tahu kemampuan murid-murid di dalam kelas tersebut..
Maka ia sekali gus akan memudahkan guru tersebut untuk memilih pendekatan terbaik bagi proses pembelajaran dan pengajaran..

Sebagai contoh..
Sewaktu permulaan tempoh aku mengajar..
Aku memberikan bentuk latihan yang sama kepada kelas yang bijak..dan kepada kelas yang kurang bijak..

Bagi murid-murid di kelas pertama..
Mereka menjawab soalan tersebut tidak sampai sepuluh minit..
Dan selepas itu.. mereka mula membuat bising..
Padahal..sepatutnya..latihan yang diberi akan membuatkan mereka khusuk menjawab...dan kelas sepatutnya fokus terhadap proses pembelajaran..
Tetapi disebabkan latihan yang kurang sesuai dengan tahap mereka..
Proses pembelajaran tak berjalan dengan efektif...

Manakala bagi kelas yang kurang bijak..walaupun sudah habis waktu kelas..mereka tidak mampu untuk menghabiskan latihan tersebut..
Sebabnya..tak bersesuaian dengan kemampuan mereka..
Mana taknya..masih ada lagi pelajar yang berada di dalam kelas tersebut yang tidak boleh membaca..menulis mahupun mengira..
Kalau semasa peperiksaan pula..
Mereka tidak menjawab apa-apa..
Hanya line-line kosong..
Ataupun suku kata ta ter hi yang tidak mempunyai maksud..
Dan ada kalanya..mereka hanya menulis semula soalan yang diberikan dalam kertas jawapan..
Inilah cabaran yang terpaksa aku hadapi..hu3

Tahap kesabaran aku juga teruji semasa aku mengajar..
Kalian pasti faham bukan??
Murid-murid sekolah rendah..
Mereka masih lagi bersikap keanak-anakkan..
Di dalam otak mereka..
Hanyalah nak berseronok..dan main..
Main...dan berseronok..agghh..geram..geram..hu3

Sebab itu sebagai guru perlu ada kemahiran untuk control kelas tersebut...
Sebabnya tumpuan pelajar cepat terganggu..
Mereka hanya mampu memberi tumpuan selama 10 minit sahaja..
selepas tu kelas akan mula bising..
Bahkan ada pelajar yang mengganggu pelajar yang lain..
sebabnya..mereka cepat bosan..
Sebab itu guru perlu ada pendekatan yang berbeza..
Untuk berhadapan situasi sebegini..

Aku teringat lagi waktu mula-mula mengajar..
5 minit selepas aku mengajar..
Kelas sudah mulai hingar-bingar..
Aku marah..
Kelas senyap..
Selepas tu..
Kelas bising semula!!!.ha3..
Yang teruknya ada murid yang bergaduh di dalam kelas aku!!
Whoa..masa tu aku betul-betul hilang kawalan ke atas kelas tersebut..
Nasib baik ada cikgu disiplin kat kelas sebelah..
Cikgu tulah yang handle kan semuanya..
Fuhh..thanx god!!!

Selepas kejadian tersebut..
Telah mengajar aku untuk mengajar dengan lebih sempurna lagi..

Aku cuba pendekatan berbeza pula..
Lebih banyakkan penglibatan pelajar..
Menjalankan aktiviti di luar kelas mereka..
Latihan-latihan yang sesuai dengan tahap mereka..
Alhamdulillah..aku dapat handle kelas aku selepas itu..

Secara keseluruhannya..
Aku amat hargai pengalaman yang aku perolehi ini..
Selain dapat mengikis sifat malu aku..
Walaupun tak seberapa..
Aku juga dapat belajar cara berkomunikasi dengan lebih baik dengan golongan-golongan yang bebeza seperti..
Murid-murid...Rakan sekerja..ibu bapa pelajar..staff sekolah bahkan mak cik kantin sekolah..ho3
Still...experience is the best teacher for us...



















p/s- Rindu rasanya untuk dipanggil dengan "CIKGU SHAZWAN"...hu3



jom comments

9 comments:

cokobong said...

hye cegu shazman~~~

aunieZ said...

best sbnarnya kan jd ckgu
lg2 kalu mngajar kanak2 yg bru msuk skola..mcm2 prangai kite leh jumpa
dulu tringin gk nk jd ckgu
tp x tcapai pun impian.jd ckgu utk adek2 kat umh je la huhu

Judiene said...

wait3x!!
kpale aku still nk pikir scara rasional..
wan? cikgu?
hmmm..

Kotak Hati said...

tu la memg besh jadi cikgu..
tapi tanggungjawap besar taw..
ala aja adek2 tu..kire permulaan la tu..he3

Kotak Hati said...

nape judien..
tula dok uma lame sngt..
nak process bende simple mcm tu pun x leh hu3

Judiene said...

hahaha
its kinda weird
r u sure u taught them da rite thing?
hahaha
juz joking man
keep it up
who knows u'll be a lcturer one day
u can teach my children
hahaha

Kotak Hati said...

ha3 judien..judien..
i thought them all the nasty thing that i told u long time ago..
ho3
kalo aku ajar anak ko..
aku akan basuh cukup2 agar x serupe perangai ngn ko..
hohoho..

ratu syahadah said...

ewan
macam mana org tak tau???
kan p sekolah dgn mama kan

Kotak Hati said...

ha3
kami slalu smpy awal gler g sek..
dan..
akak tawla..
ewan ngn mama..
lain gler..
ha3