CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Mereka sangat cool!!!

Sunday, May 3, 2009

Satu permulaan biar lewat…jangan nanti menyesal


Assalamualaikum dan salam perkenalan. Benar, tiada waktu yang specific yang boleh kita tentukan untuk memulakan satu langkah yang baru. Asalkan ada kehendak dan usaha, semuanya tiada masalah.

Satu permulaan….hurm…

Dah lama saya berkeinginan ingin memiliki blog sendiri. Tetapi tujuan utama, bukanla untuk meraih perhatian. Bagi saya, di sini adalah tempat untuk saya luahkan segalanya… Pendapat, luahan hati, cadangan dan interpretasi saya terhadap sesuatu kejadian yang berlaku dalam hidup saya.

Pernah dulu saya mempunyai beberapa diari di mana segala aktiviti dan luahan isi hati saya coretkan di dalam diari. Tapi sayang , saya tidak mampu untuk terus beristiqamah menulis di dalam diari. Bagi saya penulisan diari memerlukan kotmitmen yang tinggi dan akhirnya diari tersebut terpaksa saya bakarkan. Sob3…sedih sangat-sangat…. Selepas itu, terpaksalah saya mencari satu medium yang lebih practical yang boleh saya salurkan segalanya. Akhirnya saya memilih kaedah blogging….

Bukan saja mudah malah menjimatkan masa saya…he3…yela lagi-lagi bila saya sudah memegang tittle mahasiswa…banyak masa saya diambil untuk melaksanakan segala assignment dan lab report yang tinggi menggunung… Malangnya disebabkan kejahilan saya terhadap dunia IT menyebabkan niat saya mempunyai blog sendiri tertangguh begitu saja…Dan sekarang ‘sahabat’ saya dengan mulia hati sanggup menolong saya untuk mempunyai blog sendiri..hu3 ( thanx ‘sahabat’ he3)

Setelah saya berhenti menulis diari…sehinggala saat saya memulakan blog saya…banyak peristiwa-peristiwa penting, pengalaman dan pengajaran hidup serta saat-saat krtikal dalam hidup saya yang tidak dapat saya luahkan dan disimpan....Itu yang paling saya kesalkan..ish3 bukan apa…. Saya sebagai manusia biasa sering lupa akan sejarah yang berlaku dalam diri ini..lagipun…sejarah dan pengalaman itulah yang menjadikan saya shazwan yang kini…. At least melalui blogging saya dapat ukirkan kenangan saya untuk diri sendiri…dan mana taw…mungkin untuk bacaan cucu cicit saya nanti…he3

Akhir kata, saya ingin meminta maaf ( in advance) andai kata mana-mana perkataan yang bakal tercoret di dalam blog ini boleh mengguris hati kalian. Saya sebagai manusia yang lemah tidak sunyi dari melakukan kesilapan tetapi kita harus belajar dari kesilapan itu..

Myself….
Shazwan…

0 comments: