CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Mereka sangat cool!!!

Monday, May 11, 2009

Huh..akhirnya ada juga yang sedar....

Post saya sebelum ini bertajuk.."Aku keliru" secara dasarnya...saya mempersoalkan rasionaliti pendekatan pengiklanan yang telah digunakan oleh salah satu syarikat Iran yang juga telah menyertai exhibition MIHAS di MATRADE.

Dan apabila saya membaca Utusan Malaysia Online pada hari ini, saya berasa lega kerana akhirnya ada pihak yang sedar akan situasi yang berlaku ini..Berikut adalah petikan akhbar yang telah saya copy kan..

Bir halal kelirukan masyarakat Islam


KUALA LUMPUR 11 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir halal kerana istilah tersebut dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, mereka telah menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Pengguna Islam berasa kurang selesa tentang perkara ini kerana istilah bir halal yang digunakan agak keterlaluan.

“Kami mencadangkan satu garis panduan pengiklanan yang lebih ketat mengenai penjenamaan makanan dan juga minuman yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Nirwandy, syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan bir halal tersebut perlu dilarang menggunakan penjenamaan bir halal untuk tujuan promosi di negara ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini..syarikat tersebut sudah pun mempunyai keunikan produk mereka sendiri...tetapi cara pendekatan dalam pengiklanan produk mereka adalah kurang sesuai dan boleh menyentuh sesitiviti umat islam itu sendiri...

P/S- He3..legalah..ingatnya saya seorang je yang perasan masalah ini (*.^)



jom comments

2 comments:

Judiene said...

salam..
ermm, bgos la ade anak2 muda yg b'jiwa rakyat cm ko neh (ape aku mrepek neh!!)..
gud job..
gud for us to know..

Kotak Hati said...

thanx..
it juz my point of view..
only on this blog only..i can xpress my points...
ala..sape2 pun akan berfikir mcm aku gak hu3